Selamat Tahun Baru 2012

Sudah 3 hari 2012 berlalu…bermakna sudah 3 hari juga 2011 meninggalkan kita. Apa yang telah berlaku sepanjang 2011 harus direnung dan dinilai kembali, sama ada sepanjang 2011 sesuatu yang baik atau berfaedah telah kita lakukan atau sebaliknya. Jika sepanjang 2011 kita rasa banyak yang positif maka teruskanlah untuk 2012 ini dan jika sebaliknya seharusnya kita perbaiki sepanjang tahun baru ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua…sudah agak lama tidak update blog ni lantaran kesibukan, maklumlah sesi persekolahan baru akan bermula, jadi banyak persediaan yang perlu dibuat.

Walaupun begitu, dalam kesibukan mengurus pelbagai hal… aktiviti kegemaran saya tidak pernah dilupakan… sesekali keluar saya tidak pernah lupa untuk mengabdikan sekeping dua gambar.. sekiranya tidak membawa kamera, saya masih lagi mengambil gambar menggunakan handphone… Ni beberapa keping gambar yang kesemuanya saya ambil menggunakan handphone…

Zoo Taiping

Dalam perjalanan balik ke Raub dari Negeri Jelapang Padi, saya sempat singgah ke Zoo Taiping (bawa anak2 berjalan2).. Sempat jugaklah saya shot gambar2 haiwan kat zoo tersebut…

Pakej Fotografi Perkahwinan

Hari ni secara rasminya Lukisan Cahaya Lamansara (LCL) melancarkan pakej fotografi perkahwinan. Pakej yang disediakan terbahagi kepada 3 pakej utama iaitu Pakej Gangsa, Pakej Perak & Pakej Emas. Di mana setiap pakej mengikut harga yang berbeza… mengikut majlis sama ada bertunang, akad nikah, bersanding dan majlis bertandang.  Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu tinggi kerana memikirkan ini adalah pengenalan LCL …jadi harga dikira sebagai harga pengenalan, mengambil kira kemahiran, kepakaran dan pengalaman LCL sendiri.

Apa yang menariknya LCL menyediakan 1 cenderamata eksklusif kepada semua pelanggan yang memilih pakej emas untuk majlis akad nikah, bersanding dan bertandang…iaitu pengantin boleh memilih untuk print sekeping gambar mereka pada pinggan atau pun pada Mug…. dan ini hanya ada di LCL.

Jadi tunggu apa lagi… Nak kahwin… Carilah LCL … 🙂

HDR…

Tak tau nk buat apa petang tadi saya keluar ke depan rumah…. ambil kamera dan shot papan tanda kt depan rumah… Lepas tu apa lagi ngadap laptop, edit situ sini dan hasilnya spt ini…


Itu versi kaler… dan satu lagi versi hitam putih….


Awan yang Terpilu

Tengahari tadi masa keluar nk pegi makan (makan kt kedai sbb kena tinggal keseorangan) sy mendonggak ke langit…. terlihat di atas sana kepulan awan yg sgt cantik…. Tanpa membuang masa sy masuk semula ke dalam rumah dan mencapai Canon 60D yang sentiasa berada di atas meja…. Dan hasilnya…. (setelah diedit) beberapa shoot saya kongsikan di sini :

 

 

 

Pada pandangan saya yang cetek ilmu tentang photografi ni…masih byk yang perlu di perbaiki… tp x mengapa…sy sentiasa mencuba…dan sentiasa belajar dari kesilapan….

Maaf di minta….tolong jangan kondem !

Blog Lukisan Cahaya Lamansara (LCL) masih dalam proses percubaan. Belum sempurna dan mantap. Sekiranya anda terkunjung secara tidak segaja ke blog ini, pihak LCL memohon maaf kerana masih belum ada apa2 yang boleh dijadikan santapan mata anda kecuali sekeping dua gambar yang pihak LCL upload sebagai percubaan. Walau bagaimana pun terima kasih di atas kunjungan anda yg tidak disengajakan itu…. Jangan serik, sila berkunjung lagi bila ada kelapangan. Mungkin nanti di sini ada sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita bersama.